Thursday, 14 April 2011

Nak jual mesin memproses mee kuning sekali dengan kursus (percuma) buat mee. RM 4000. (Sold Out)

Salam.
Sebelum ini saya sekeluarga ada mengusahakan pemprosesan mee kuning halal. Isteri saya amat mahir dama mengadunkan bahan-bahan membuat mee kuning secara komersil. Sekarang kami bercadang untuk menceburi perniagaan lain pulak. So semua peralatan dan bahan-bahan buat mee dah tak digunakan lagi tetapi berkeadaan amat baik.


Sekarang ni dah ramai yang sedar tentang keperluan mencari makanan halal. Mana-mana produk makanan yang diragui halalnya sudah semakin sukar untuk mendapat permintaan pengguna Islam.

Sesiapa yang bercadang nak menjadi usahawan makanan halal boleh la bermula sekarang. Jadi tokey mee kuning. Sebagai permulaannya tak payah susah2 nak buat paperwork ke, kursus dengan MARA ke, Pertanian ke atau ape2 lah. Kemudian bila perniagaan dah bagus baru buat paperwork minta mesin yang besar2 pulak. Buat permulaan drngan bajet sederhana pun boleh berkembang jika kena caranya.















Apa yang kami tawarkan untuk anda?

1. Mesin penguli tepung (max 10kg). 1 kg tepung boleh dapat 2 kg mee kuning.

2. Mesin memproses mee kuning. (Meratakan tepung yang dah diuli dan dipotong dalam bentuk jalur-jalur).

3. Bekas-bekas mee spt talam, besen dan kontainer yang bersesuaian (ada plastik dan stainless steel). 

4. Penimbang kilogram (untuk timbang mee yang dah siap).

5. Peninbang digital (untuk menimbang bahan kimia gred makanan mengikut nisbah yang tepat supaya kualiti mee terkawal).

6. Bahan-bahan mentah membuat mee kecuali tepung (bukan semua jenis tepung boleh buat mee yang lazat. Hanya brand tertentu shj yang boleh).

7. Kursus membuat mee kuning secara komersil. Mula dari tepung sehinggalah siap jadi mee. Kami ajar sampai pandai. Tapi pembeli nanti tetap kena practice selalu untuk meningkatkan skill. Belajar tanpa amal memang tak menjadi. Banyak beza buat mee untuk makan sendiri dan untuk komersil. Kebanyakan kursus membuat mee hanya mengajar cara buat mee untuk makan sendiri. Tak banyak yang ajar cara komersil melainkan guru yang ajar tu sendiri memang pernah mengeluarkan mee secara komersil juga. Sebab itu kami ajar sekali supaya tak timbul masalah kepada bakal usahawan itu nanti.

8. Yang paling penting... nak buat mee ni ada cara rahsianya (macam resepi rahsia krabby patty juga la). Ni yang buat mee tahan lama tapi tak rasa kapur, cantik, lazat tapi kos yang berpatutan. Kalau yang ni tak boleh dikuasai memang payanh nak bersaing. Tokey-tokey mee tak akan bagi resepi rahsia ni. Kalau ada pun mereka sanggup jual sehingga 30k untuk ini sahaja. Kalau kursus biasa lagi la tak dapat.

9. Senarai chemical dan tempat untuk mendapatkannya akan kami bagitau sekali.

10. Resepi akan kami bagi sekali teori dan amali.

Untuk semua ini hanya RM 4000 SAHAJA! Siapa cepat dia dapat. Perlu sertakan deposit 5% dari harga asal (RM 200) sebagai tanda persetujuan dan betul-betul berminat (tidak akan dikembalikan sekiranya menarik diri).  Bayaran tunai. Bukan saya berkira tetapi saya amat berharap pemilik baru nanti betul-betul bersungguh nak buat perusahaan ini.

Tentu satu kerugian sekiranya dah ada kebolehan dan kelengkapan buat mee komersial yang baik tapi tak nak buat. Ilmu dan kebolehan itu akan terhakis denga sendirinya. Tapi jika bersungguh InsyaAllah perniagaan akan berkembang. Ilmu buat mee pun akan berkembang juga. Akhirnya semua untung sama ada peniaga atau pun pengguna.

Kepada bakal usahawan mee kuning yang berminat sila hubungi Firdaus 012-5293945 (24 jam) atau 05-3114198 (malam selepas inyak hingga 12.00 mlm).

Kesemua mesin dan peralatan kena ambil sendiri di Bandar Seri Botani, Ipoh.
Pembayaran deposit boleh dibuat di Maybank, no akaun: 151089302677 (mohd firdaus bin asrani). Sila call dulu sebelum bank in.
Baki pembayaran penuh apabila berurusan face to face setelah perkara 1-10 di atas selesai.


Gambar mee mentah (sebelum rebus).









Gambar mee yang sudah dimasak.






(ITEM INI SOLD OUT)
Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya.


6 comments:

  1. Salam. Saya ada mengusahakan produk mee kuning kecil kecilan. masalah saya, kualiti mee saya sering putus2 setelah dicelur. kekenyalan mee juga kurang. Saya cuma celur mee sekadar 2 minit di air mendidih.. Bolehkah pihak tuan membantu saya mengatasi msalah ini? mohon emailkan solution tuan kepada saya di : saidatulraudhah@gmail.com. Sekian terima kasih. wassalam

    ReplyDelete
  2. salam,saya juga ada membuat perusahaan mee kuning masalah mee tak tahan lama cepat masam.apakah faktor penyebab,moga pihak tuan dapat membantu saya..boleh email saya di joey8189@gmail.com
    moga Allah SWT memberkati pertolongan pihak tuan

    ReplyDelete
  3. aSSAlamualaikum saudara... saya berminat dengan mesin penguli mee seperti mana dalam gambar yang tertera di atas... boleh saya minta no telefon sadara untuk memudahkan perhubungan kita?

    ReplyDelete
  4. Asskumm... sy dari johor... berminat dgn ilmu rahsia mee tahan lama... blh ke saya belajar atau dptkan resepinye... bagaimana?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. En. Syamsul Sahrin Ibrahim.

    Tuan boleh lihat post saya bertarikh 20.11.2011 di www.kedaifirdaus.blogspot.com

    ReplyDelete